Zero Hero

Zero Hero – Bab Pertama
“Wadi! Hoi Wadi! Bangun la… Nanti kita lambat ke kelas ni,”

Malaun betul si Aswadi ni. Tengoklah tu. Makin aku kejut makin kemas dia menggulung badan. Dah macam tenggiling seludup pulak. Entah apa la nasib aku dapat kawan sebilik yang kuat membuta macam dia ni.

“Lantak kaulah! Aku nak mandi dulu. Jangan lengah-lengah lagi, tau?” ujarku dengan suara yang lantang. Aku agak, satu blok boleh dengar lolongan aku. Cuma si malaun ni aje yang sound-proof. Tanpa bertangguh, aku terus mencapai tuala yang hampir 2 bulan tak berbasuh dan berus gigi yang aku dapat percuma bila membeli Colgate – 7 bulan nan lalu!

Air shower kat hostel memang sejuk. Tapi kotor. Leceh betul. Pertama kali aku disirami air kuning hostel setahun nan lalu, habis naik ruam satu badan. Tak pasal-pasal kena sumbat ke wad sebab disyaki kena denggi. Sekarang ni badan aku dah mangli dengan air karat ni. Entah gamaknya kalau 10 tahun lagi mandi air karat ni mau kalis peluru badan aku!

Sekejap aje aku mandi. Tapi lama la sikit daripada P. Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapuk. Bagi aku, orang lelaki sejati dan macho mana boleh mandi lama-lama. Nanti jadi pelik pulak. Sepelik orang perempuan mandi sekejap.

“Laa… tak bangun lagi si Wadi ni,” rungutku. Wadi masih mengekalkan posisi Chanel No. 5 tadi. Mulalah aku geram. Nampaknya terpaksa la aku mempraktikkan hikmat “Raungan Alam Barzakh” seperti selalu. Senyap-senyap aku capai tuala Wadi yang kusam lagi bertahi lalat di atas meja study. Tualanya yang seumur dengan tualaku dalam kategori tak berbasuh kulemparkan kepadanya sambil aku menjerit macam langsuir ternampak kumpulan Seekers. Helahku menjadi. Wadi terus bingkas bangun tatkala tubuhnya terkena tuala yang disertai dengan jeritan death metal aku tadi. Mata buntangnya terbelalak bak pungguk merindukan bulan.

“Apalah kau ni. Lain kali kejutlah aku elok-elok!” ujar Wadi dengan agak keras. Amboi, tadi aku melaung macam Tarzan pun kau tak peduli. Inikan pulak nak kejut elok-elok!

“Cepatlah mandi, Wadi! Nanti kita lambat ke kelas!” desakku. Wadi menoleh ke arah jam mejanya yang entah dipakai dari zaman bapak dia mengaji dulu agaknya.

“Baru pukul lapan. Apalah kau ni,” rungutnya lantas terus mengerekot kembali di atas tilam. Budak ini! Setiap pagi asyik saja nak menaikkan darah aku.

“Kalau kau tak sudah mandi bila aku dah bersiap, kau jalan kaki ajelah ke bilik kuliah!” bentakku keras. Wadi kembali bangun. Kemudian dia terus menuju ke bilik mandi. Sambil tu mulutnya terkumat-kamit tanpa sebarang suara. Menghamun aku la tu. Gasaklah! Kau nak menghamun ke, berjampi serapah ke… yang penting kau bangun.

“Kan aku dah kata kita awal lagi!” rengus Wadi tatkala kami sampai ke Fakulti Undang-Undang Universiti Sultan Azlan Shah (UNISAS). Aku menjeling ke arah jam tanganku. Baru pukul 8.16 pagi. Kelas kami bermula jam sembilan.

“Habis, kau tak mahu makan dulu ke? Aku kan ada gastrik,” balasku. Wadi menganggukkan kepala tanda mengalah. Kami berbondong-bondong menuju ke arah kafeteria yang terletak lebih kurang 17 langkah gajah dari bilik kuliah. Tatkala sampai di sana, aku nampak ada dekat 10 orang student yang tengah beratur untuk mengambil makanan. Biasalah, self-service.

“Huh, tak ada menu lain ke? Asyik menu yang samaaaa aje. Menyesal aku muda-muda dulu tak belajar memasak dengan mak aku,” rungut Wadi. Mak cik pemilik kafeteria yang berdiri tak jauh dari kami menjeling. Tapi bukanlah pandang-pandang jeling-jeling macam Siti Nurhaliza tu. Ini jeling berserta dengan aura bunuh sekali ni!

“Ooo… Sekarang kau dah tua la, ya? Patut la lembap sangat nak bangun pagi,” tempelakku. Wadi tergelak. Aku pun begitu juga. Begitulah cara kami bersahabat. Memang mulut jenis tak ada polisi insurans kemalangan diri langsung. Al-maklumlah, bakal nak jadi lawyer!

Setelah memilih makanan (selalunya yang termurah) kami pun sibuklah mencari meja kosong pulak. Mujur juga aku memaksa Wadi datang awal hari ni. Banyak lagi meja kosong yang tiada bersisa makanan. Betullah bak kata atuk aku : The early bird gets the worm. Kalau Karam Walia Singh pulak : Bagaikan pungguk ternampak anak bulan Ramadhan.

Sedang aku begitu asyik menyiat popia goreng dengan gigi, bahuku terasa dicuit mesra. Chewah! Macam teman tapi mesra pulak! Tapi yang lecehnya bukan si Mulan bermuka Indon kacukan Belanda di sisi aku. Tapi si Wadi yang bemuka Melayu kacukan Jawa la pulak!

“Apahal?” tanyaku. Teman tapi tak mesra. Kasar kertas pasir lagi.

“Tu,” jawab Wadi seraya memuncungkan mulutnya ke arah Barat Daya. Longitud 120 darjah dan Latitud 35 darjah. Macam betul! Aku kelentong aje la! Hahaha! Aku pun berpaling ke arah ‘muncungan’ Wadi.

“Adrina…” Itu aje la yang aku mampu katakan. Tau-tau aje suara hati aku memainkan lagu Kenangan Terindah dari Samsons. Kira setiap kali aku ternampak kelibat dia memang lagu itulah bergema di dalam sanubari. Kira salah satu runut bunyi (soundtrack) dalam cerita ini la…

“Dah mula dah,” komen Wadi. Aku buat-buat tak dengar aje sindirannya. Tumpuan dan perhatianku seratus peratus kepada gadis yang baru saja datang ke kafeteria. Saidatul Adrina : Dialah gadis yang tercantik di Fakulti Undang-Undang dan paling popular sekali. Aku kira lelaki di UNISAS yang nak mengorat dia jauh lebih ramai dari barisan student yang sedang mengambil makanan di kafeteria ni. Aku pun salah seorang yang diam-diam menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun kami satu batch, aku tak pernah walau sekali menegur atau bercakap dengannya. Apatah lagi nak mengajaknya ber-dating. Entah apa la malang nasib aku tak pernah disatukan dengan Adrina di dalam setiap assignment group. Tak pelah, bagi aku asalkan Adrina menghadiahkan senyuman walau sekali kepadaku pun dah memadai. Tak de la aku mati celik nanti.

Tiba-tiba Adrina menoleh ke arahku. Buat julung-julung kalinya! Aku yang begitu terkejut dengan situasi sekarang spontan menundukkan muka. Setelah beberapa ketika aku mendongak ke arahnya balik. Alamak! Dia masih memandang aku! Tunduk balik! Tunduk balik! Alert! Alert! Dive-Dive-Dive! Apasal pulak la dia masih pandang aku? Aku nak pandang muka kau la Adrina… pi la pandang tempat lain! Okey, dua puluh harakat dah berlalu. Sahih dia dah pandang tempat lain. Angkat kepala perlahan-lahan. Satu-dua… satu…

Dia masih pandang ke arah aku! Nanti kejap. Mustahil dia tengah merenung aku. Tentu ada mamat handsome mana yang si Adrina tengah check-out kat belakang aku ni. Aku pun toleh ke belakang. Tak ada sesiapa di belakang aku. Cuma meja kosong aje. Aku kembali menoleh ke arah Adrina. Kali ni Adrina tersenyum. Matanya masih terkunci ke arahku. Pada masa itu aku rasa masa seolah-olah terhenti. Atau mungkin juga aku yang tergamam tak menguit sebab terpegun dengan senyuman gadis idaman aku.

Aku tau yang masa takkan terhenti selama-lamanya di saat ini walaupun aku harap begitu (lagipun test minggu depan!). Sekurang-kurangnya aku tak akan mati celik nanti…

- bersambung -

Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!